Translate

Tuesday, May 8, 2018

Tentera, polis mengundi awal

KUALA LUMPUR – Seramai 152,357 pemilih terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan masing-masing melaksanakan pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di seluruh negara semalam.

Mereka terdiri daripada 110,277 pengundi Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (22,499) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (19,581).

Mengetuai pembuangan undi ialah Panglima ATM, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bersama 8,118 anggota tentera di Sekolah Kebangsaan (SK) Kementah, Jalan Padang Tembak di sini.

Turut bersama beliau ialah Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Menurut Raja Mohamed Affandi, keseluruhannya terdapat 145 pusat pengundian awal yang dibuka di seluruh negara bagi warga ATM.

“Wilayah Persekutuan mencatatkan pengundi tertinggi ia­itu sebanyak 29,395 diikuti n­egeri Perak dengan mencatatkan 23,634 pengundi.

“Bagi negeri yang paling rendah jumlah pengundi ialah Perlis iaitu 2,047 orang,” katanya kepada pemberita.

Panglima Tentera Darat, Je­neral Tan Sri Zulkiple Kassim pula melaksanakan undi awal di Kem Perdana Sungai Besi manakala Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Tan Sri Affendi Buang di SK Desa Tun Hussein Onn di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pula mengetuai 111,702 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melaksanakan pengundian awal semalam.

Mohamad Fuzi bersama timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mengundi di Dewan Badminton Perkep di Bukit Aman di sini.

Bercakap kepada pemberi­ta selepas itu, beliau memberitahu, seramai 106,042 membabitkan anggota dan pegawai berkhidmat di 14 kontinjen seluruh negara mengundi di Ibu Pejabat Kontinjen serta Ibu Pejabat Polis Daerah.

Katanya, baki seramai 5,660 orang pula mengundi awal di Bukit Aman.
Di Kelantan, seramai 13,457 anggota PDRM dan ATM bersama pasangan masing-masing melaksanakan pengundian awal di 36 pusat mengundi melibatkan 58 saluran mengundi mengikut 14 Parlimen yang ditetapkan.

Di Pahang, seramai 21,358 pe­ngundi berdaftar dalam kala­ngan anggota, pegawai, kakitangan pentadbiran serta ahli keluarga pasukan keselamatan menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih di 68 saluran pengundian awal di negeri itu.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya negeri, Datuk Zamree Hamli berkata, pengundian bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Di Terengganu, seramai 7,129 anggota PDRM dan ATM menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di 27 pusat pe­ngundian.
Di Negeri Sembilan, seramai 20,507 warga PDRM dan ATM mengundi di 39 pusat mengundi.
Empat pusat mengundi di Je­lebu, Jempol (tiga), Seremban (tujuh), Kuala Pilah (tiga), Rasah (lima), Rembau (lima), Port Dickson (sembilan) dan Tampin (tiga).

Di Lumut, Perak pula, seramai 11,223 anggota TLDM dan keluarga me­ngundi di SK Pangkalan TLDM dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkalan TLDM di sini.

Ia bagi kerusi Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri Pangkor.

No comments:

Post a Comment