Translate

Tuesday, May 8, 2018

736,632 pengundi layak mengundi di Terengganu

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU -  Seramai 736,632 pengundi di Terengganu layak untuk membuang undi di 401 pusat mengundi di seluruh negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) esok.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata, sebanyak enam daerah mengundi meliputi tiga di Parlimen Kemaman, Kuala Nerus (dua) dan Marang (satu) bakal mempunyai dua pusat mengundi di kawasan masing-masing demi keselesaan pengundi.

Beliau berkata, bagi Parlimen Kemaman, Daerah Mengundi (DM) Bukit Kuang akan mempunyai dua Pusat Mengundi (PM) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kuang.

"DM Binjai di SK Binjai dan SMK Binjai manakala DM Felda Neram Satu di SK Felda Neram Satu dan SK Kampung Baharu Felda Neram 1.

"Bagi Parlimen Kuala Nerus pula, DM Bukit Tunggal akan mempunyai dua DM iaitu Balai Raya Seberang Baruh dan SK Bukit Tunggal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Andy Suwardy berkata, DM Tasik di Parlimen Marang pula mempunyai dua PM iaitu Balai Raya Wakaf Dua dan SK Tasek.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, tujuh PM di Terengganu iaitu SK Pulau Perhentian, SK Pulau Redang, SK Kuala Jeneris, SK Tepus, SK Kampung Shukor, SK Jongok Batu dan SK Sungai Pergam yang terletak di penempatan pulau dan pendalaman akan ditutup awal pada pukul 3 petang.

"Pengundi-pengundi dinasihatkan membuat semakan maklumat pengundian masing-masing seperti PM dan saluran mengundi menerusi aplikasi MySPR Semak.


"Selain MyKad, dokumen pengenalan diri yang boleh digunakan sebagai syarat membuang undi ialah pasport, lesen memandu, resit kehilangan kad pengenalan dan resit pengenalan sementara," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment