MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) Terengganu menerima keputusan rakyat negeri ini memilih Pas untuk membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, BN akan memberi kerjasama bagi memastikan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar.
"Saya bagi pihak Barisan Nasional Terengganu mengucapkan tahniah kepada parti Pas di atas kemenangan mereka.
"Rakyat telah membuat pilihan dan kita hormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment