Translate

Thursday, August 4, 2016

T-Team tumbangkan Selangor


Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Harapan Selangor untuk mendekatkan jurang dengan dua pasukan teratas liga iaitu Johor DT dan Felda United tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini sebentar tadi.
Gol kemenangan tuan rumah dijaringkan oleh pemain tengah import, Makan Konate pada minit ke-36.
Pemain kelahiran Mali tersebut menerima hantaran lintang daripada Mohd. Asrol Ibrahim sebelum merembat deras yang menewaskan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.
Kemenangan yang dilakar T-Team yang mendapat jolokan The Titans itu sekali gus memadam rekod buruk kalah tiga kali berturut-turut pada saingan Liga Super sebelum ini.
Selangor kekal di tangga ketiga dengan 26 mata, ketinggalan 14 mata di belakang Felda United di tangga kedua.
T-Team pula melonjak ke tangga keenam dengan 19 mata. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment