Oleh MOHD. AZLI ADLAN
SKUAD memanah Terengganu menyasarkan untuk meraih enam pingat emas, tiga perak dan satu gangsa pada Sukan Malaysia 2016 (Sukma) di Sarawak, Julai depan.
Pengarah Majlis Sukan Negeri, Ibni Amin Busu berkata, pungutan pingat itu dijangka diperoleh daripada acara individu dan berpasukan bagi
disiplin recurve dan compound.
“Memanah merupakan sukan yang dijangka dapat menyumbang banyak pingat kepada kontinjen negeri pada Sukma selain berbasikal, pera- hu layar, olahraga, silat dan taekwondo.
“Apatah lagi, kita merupakan juara keseluruhan bagi acara memanah bagi Sukma edisi dua tahun lalu di Perlis,” katanya pada majlis minum petang bersama skuad memanah Sukma Terengganu di Kuala Terengganu semalam.
Turut hadir Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Zainal Abidin Hussin dan pengurus skuad memanah negeri, Ahmad Jalani Halus.
Ibni Amin berkata, cabaran untuk mencapai sasaran itu bakal digalas oleh 16 atlet memanah termasuk yang termuda berusia 13 tahun yangtelah menerima latihan intensif dan persiapan rapi sejak Julai 2014 lagi.
Menurut beliau, sepanjang dua tahun ini, kesemua atlet memanah itu berlatih di lapang sasar Universiti Sultan Zainal Abidin dan Institut Integriti
dan Strategik Terengganu, Kuala Terengganu.
“Antara atlet yang menjadi sandaran untuk meraih pingat khususnya emas ialah Amirul Rosani, Aqilah Yusof dan Yasmin Halim,” katanya.
Pada Sukma lalu, skuad memanah Terengganu berjaya mengutip lapan pingat emas, tiga (perak) dan tiga (gangsa).
No comments:
Post a Comment