Translate

Tuesday, August 2, 2016

Nelayan kelas A dan B banyak terlibat dadah

KUALA TERENGGANU - Maritim Malaysia (APMM) mendapati kebanyakan nelayan tempatan yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah terdiri daripada nelayan kelas A dan B.
Pengarah Maritim Wilayah Timur, Datuk Mamu Said Alee berkata, berdasarkan pemantauan dan pengalaman APMM melakukan penguatkuasaan maritim di perairan negara, agensi itu mendapati majoriti nelayan yang mudah terdedah dengan gejala negatif terbabit merupakan mereka yang menangkap ikan secara tradisional di sekitar lingkungan 12 batu nautika ke bawah.
"Nelayan laut dalam iaitu kelas C dan C2 didapati kurang terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah.
"Seperti kesalahan-kesalahan maritim lain, APMM turut memberi penekanan bagi menangani gelaja terbabit di kalangan nelayan," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Markas Maritim Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment