KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja am warga Bangladesh mendakwa menjumpai beg plastik yang mengandungi objek seakan-akan janin ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan parit berhampiran Perpustakaan Awam negeri di sini kelmarin.
Mohd. Kobi Mohd. Osman, 19, mendakwa menemui objek berkenaan sewaktu mengutip sampah di dalam parit tersebut pada pukul 5 petang.
"Sebaik membukanya (beg plastik), saya terkejut kerana nampak kepala bayi (janin) dan secara spontan terus membuangnya semula ke dalam parit akibat terlalu panik.
"Baunya amat busuk sehingga saya muntah beberapa kali dan hampir pengsan," dakwanya kepada Kosmo! di sini malam semalam.
Begitupun, sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang menjalankan operasi mencari di lokasi berkenaan tidak menemui apa-apa petunjuk sehingga operasi dihentikan sementara pada pukul 10 pagi hari ini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment