Translate

Wednesday, August 3, 2016

Hebahan taska berdaftar dalam portal JKM

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Senarai lengkap taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan pusat jagaan yang berdaftar akan dikeluarkan di dalam portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak lama lagi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, inisiatif tersebut bertujuan untuk memudahkan ibu bapa membuat semakan sebelum menghantar anak-anak mereka ke taska.
"Senarai lengkap taska yang berdaftar sudah ada dan sentiasa dikemaskini. Kita akan memasukkannya ke dalam portal (JKM) kerana hebahan menerusi media sosial merupakan cara termudah untuk membuat rujukan pada masa kini.
"Ia secara tidak langsung membantu ibu bapa supaya dapat mengelak daripada menggunakan perkhidmatan taska yang tidak berdaftar kerana ia dikhuatiri boleh memberi implikasi keselamatan kepada anak-anak mereka," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan pra-pelancaran Pusat Rujukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Pusat Transformasi Bandar Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment