Translate

Monday, August 1, 2016

Sindiket tipu kontraktor guna nama Istana Terengganu

KUALA TERENGGANU - Taktik sebuah sindiket yang menjaja nama institusi Istana Terengganu untuk menipu syarikat kontraktor pembinaan terbongkar dengan tertangkapnya lima lelaki pada dua minggu lalu.
Kelicikan sindiket yang didalangi seorang lelaki menyamar sebagai kakitangan Istana Syarqiyyah, Chendering di sini itu hampir memerangkap empat syarikat kontraktor pembinaan terkenal di negeri ini dan Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu, Superitendan Koh Ah Tiam berkata, kesemua syarikat kontraktor pembinaan terbabit masing-masing hampir kerugian kira-kira RM1 juta kononnya sebagai bayaran komitmen untuk membida projek menaik taraf jalan raya yang sebenarnya tidak wujud.
"Sindiket berkenaan telah menawarkan projek menaik taraf jalan raya yang dikatakan menelan kos RM442 juta kepada syarikat-syarikat kontraktor pembinaan sasaran menerusi aplikasi WhatsApp sejak pertengahan bulan Jun.
"Bagi meyakinkan mangsa, selain melampirkan dokumen palsu berhubung projek berkenaan, dalang sindiket itu turut mengaku kononnya individu berpangkat Datuk Paduka yang berpengaruh di Istana Tengganu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment