Translate

Saturday, August 6, 2016

Ramai nelayan kelas A, B terlibat dadah

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) mendapati, kebanyakan nelayan tempatan yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah terdiri daripada nelayan kelas A dan B.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Datuk Mamu Said Alee berkata, majoriti nelayan yang mudah terdedah dengan gejala negatif itu merupakan mereka yang menangkap ikan secara tradisional di sekitar lingkungan 12 batu nautika ke bawah.

“Nelayan laut dalam iaitu kelas C dan C2 didapati kurang terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah.

“Seperti kesalahan-kesalahan maritim lain, APMM turut memberi penekanan bagi menangani gejala terbabit dalam kalangan nelayan,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Markas Maritim Daerah Kuala Terengganu di sini semalam.

Kosmo! Ahad pada 31 Julai lalu melaporkan Persatuan Pengasih Malaysia mendedahkan gejala penagihan dadah dalam kalangan nelayan di negara ini sangat serius sehingga ada antara mereka sanggup menukar hasil tangkapan bagi mendapatkan bekalan barang terlarang tersebut.

Presidennya, Datuk Mohd. Yunus Pathi mendakwa, jumlah nelayan yang terlibat dalam gejala penagihan dadah agak tinggi sehingga mencetuskan kebimbangan.

No comments:

Post a Comment