Translate

Tuesday, August 2, 2016

Bulan Kaunseling Kebangsaan pada Oktober

KUALA NERUS - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengisytiharkan Oktober ini sebagai bulan Kaunseling kebangsaan.
Menteri KPWKM, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penganjuran program tersebut bertujuan memberi lebih pendedahan kepada masyarakat tentang keperluan mendapatkan perkhidmatan kaunseling bagi menyelesaikan masalah kehidupan.
Beliau berkata, kesedaran terhadap kaunseling dalam kalangan rakyat kita masih rendah berbanding masyarakat negara maju.
"Dengan gaya hidup masa kini yang serba pantas, penyakit bukan hanya boleh diubati oleh doktor tetapi juga kaunselor. Selain ahli keluarga dan sahabat karib, kita perlu tempat untuk meluahkan perasaan terpendam demi kehidupan yang lebih sihat dan tenteram.
"Persepsi masyarakat negara ini terhadap sesi kaunseling perlu diubah kerana kaunselor bertauliah tidak pernah masuk campur urusan peribadi pelanggannya tetapi berperanan mendengar luahan rasa," katanya.
Beliau ditemui selepas menziarahi keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Sobri Harun yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak awal Mei lalu di Kampung Bukit Cempaka, Tepoh dekat sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment