Translate

Saturday, August 6, 2016

BN Terengganu siap sedia hadapi PRN

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu kini bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, Badan Perhubungan UMNO negeri telah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan berikutan kemelut politik yang sedang melanda kepimpinan negeri ini.
“Kalau keadaan memaksa, kita telah bersiap sedia.

“Kemelut politik dalaman yang berlaku kini tidak menggugat keutuhan UMNO nege­ri kerana ia hanyalah ‘ribut dalam cawan’,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Koperasi Negara peringkat negeri di Pusat Dagangan Terengganu di sini semalam.

Begitupun, Ahmad Razif yang juga Pengerusi BN negeri me­negaskan, seboleh-bolehnya ke­rajaan negeri mahu mengelak daripada membubarkan DUN kerana ia memberi banyak kerugian kepada rakyat Terengganu.

Menurut beliau, dalam ke­adaan ekonomi tidak menentu, tindakan mengadakan PRN berasingan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) adalah merugikan rakyat kerana memakan kos yang tinggi.

“Demi kepentingan rakyat, biarlah PRN Terengganu diadakan sekali dengan PRU. Sekali boleh tahan (tidak bubar DUN), kita tahan,” katanya.

Kosmo! kelmarin melaporkan, Ahmad Razif menafikan desas-desus kononnya DUN bakal dibubar dalam masa terdekat.

Pada masa ini, BN menguasai 17 kerusi DUN Terengganu manakala Pas mempunyai 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu kerusi.

No comments:

Post a Comment