Translate

Thursday, August 4, 2016

Pasar Percuma Terengganu bakal dibuka

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan mewujudkan pasar percuma yang membolehkan golongan kurang berkemampuan di negeri itu mengambil barangan asas dan lain-lain tanpa sebarang bayaran selewat-lewatnya penghujung tahun ini.
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, pada peringkat awal, pasar percuma tersebut akan dibuka sebulan sekali di lokasi strategik di bandar raya ini sebelum diperluas ke semua daerah di negeri ini.
"Selain keperluan asas seperti beras dan gula, pasar percuma tersebut akan turut menyediakan barangan terpakai lain seperti baju, kasut, perabot dan sofa yang boleh diambil tanpa sebarang bayaran.
"Pengunjungnya pula hanya terdiri daripada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran Terengganu Incprporated Sdn. Bhd. di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment