Translate

Friday, August 2, 2019

UniSZA jalin kerjasama dengan Universiti Fatoni

JALINAN STRATEGIK. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama dengan Universiti Fatoni, Thailand berhubung program Sarjana Muda Sains Kejururawatan di ASEAN Mall, Pattani, Thailand baru-baru ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, kerjasama berkenaan melibatkan mobiliti dan kolaborasi penyelidikan dalam aspek kesihatan komuniti dalam kalangan kakitangan dan pelajar kedua-dua institusi pengajian tinggi berkenaan.

“Buat permulaan, seramai 11 orang pensyarah dan pelajar daripada Fakulti Perubatan UniSZA menjalankan program khidmat komuniti di Kampung Yarang dan Masjid Bangpu, Pattani, Thailand.

“Sepanjang program itu selama lima hari, mereka menyantuni masyarakat setempat menerusi pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan dan ceramah kepentingan vaksin,” katanya.

No comments:

Post a Comment