Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pihaknya akan melakukan siasatan sekiranya menerima sebarang aduan berhubung perkara tersebut.
“Jika ada aduan, kita siasat. Kita (SPRM) tunggu kalau ada apa-apa aduan.
“Setakat ini, kita belum dapat apa-apa aduan tentang salah laku dan rasuah berhubung isu gangguan sistem rangkaian (di KLIA) itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog bersama Pemain Industri Perhotelan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Terengganu di Hotel Primula sini semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan gangguan rangkaian TAMS telah menjejaskan sistem maklumat penerbangan (FIDS), sistem pengendalian bagasi, kaunter daftar masuk dan sambungan Wi-Fi di KLIA dan KLIA 2 di Sepang selama empat hari sejak Rabu lalu.
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dalam kenyataannya berkata, dapatan awal Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) menunjukkan gangguan tersebut adalah disebabkan kegagalan kelengkapan rangkaian bukannya disebabkan serangan penggodam komputer.
No comments:
Post a Comment