Translate

Tuesday, August 6, 2019

Bar Pulau Perhentian tanpa permit diserbu

BESUT – Sebuah bar di Pasir Panjang, Pulau Perhentian yang penuh dengan pengunjung kebanyakannya terdiri daripada pelancong asing diserbu polis semalam kerana disyaki bero­perasi tanpa lesen.

Ketika serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu, keba­nyakan pengunjung sedang leka berhibur dan menonton pertunjukan bunga api.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, pemeriksaan mendapati pengusaha bar terbabit gagal mengemukakan permit sah untuk beroperasi sebagai pusat hiburan.

“Serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam berhubung bar tersebut disyaki beroperasi tanpa lesen sah.

“Lima unit pembesar suara, mikrofon, komputer riba dan pelbagai peralatan hiburan yang terdapat di dalam bar ber­kenaan turut dirampas dalam serbuan berkenaan,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.

Mohd. Zamri berkata, dua lelaki masing-masing berusia 22 dan 37 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Enakmen Hiburan Terbuka 1997.

No comments:

Post a Comment