Translate

Saturday, August 10, 2019

Piala Malaysia: Semangat TFC I semakin membara

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kemenangan pada aksi sulung Kumpulan A Piala Malaysia kelmarin telah meningkatkan keyakinan Terengganu Football Club I (TFC I) untuk terus berusaha mengulangi pencapaian mara ke perlawanan akhir pada musim lalu.

Pengendali sementara TFC I, Mohd. Nafuzi Zain berkata, kejayaan menumbangkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor FC (PKNS FC) 3-1 tersebut merupakan permulaan positif buat skuad Penyu bagi kempen Piala Malaysia tahun ini.

"Kita berjaya mencapai misi utama iaitu meraih tiga mata pertama pada aksi sulung.  Bagi saya tiga gol yang dijaringkan malam ini (tadi) boleh dianggap bonus.

"Sepanjang kempen peringkat awal Piala Malaysia ini, kita seboleh-bolehnya tidak boleh mudah keciciran sebarang mata memandangkan tiga pencabar dalam Kumpulan A iaitu PKNS FC, Kedah dan Negeri Sembilan bukan lah calang-calang pasukan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Nafuzi juga memuji komitmen jitu diberikan anak buahnya yang mempamerkan aksi terbaik pernah ditunjukkan sejak skuad Penyu dikemudinya lebih tiga bulan lalu.


Begitu pun, beliau tidak mahu pemain TFC I tidak mahu cepat puas hati kerana potensi sebenar skuad tersebut adalah lebih besar daripada itu. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment