Translate

Tuesday, August 6, 2019

Nelayan hilang selepas jatuh bot ketika tangkap ikan

KUALA TERENGGA­NU – Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika sedang menangkap ikan di perairan Kuala Terengganu berhampiran Pelantar Minyak Dulang di sini Sabtu lalu.
Mangsa, Makthar Ibrahim (gambar), 56, dikatakan hilang pada kedudukan kira-kira 67.7 batu nautika dari muara Sungai Kuala Terengganu pada pukul 5.30 petang.

Pengarah Maritim Terengganu, Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu daripada tekong bot nelayan berkenaan pada pukul 11.25 pagi kelmarin.

“Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang berasal dari Kampung Gong Jin, Mengabang Telipot, Kuala Nerus telah digerakkan meliputi kawasan pencarian seluas 386.5 batu nautika dari lokasi kejadian.

“Operasi tersebut melibatkan aset udara jenis Bambardier dan dua kapal iaitu Kapal Maritim (KM) Pekan serta KM Gemia,” katanya dalam satu kenya­taan di sini semalam.

Muhammad Suffi berkata, operasi mencari dan menyelamat itu turut di­sertai Tentera Laut Diraja Malaysia menggunakan Kapal Diraja (KD) Pahang.

Menurut beliau, setakat ini, operasi masih gagal menemui mangsa dan usa­ha untuk mencarinya sedang dilakukan.

“Saya juga menasihatkan individu yang melakukan aktiviti di laut agar berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah ke­selamatan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment