Translate

Thursday, August 8, 2019

Piala Malaysia: Tumpuan PKNS FC terjejas

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Ura-ura bakal 'diturunkan pangkat' menjadi pasukan pelapis kepada Selangor pada musim depan sedikit sebanyak telah menjejaskan tumpuan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor FC (PKNS FC) sehingga tewas pada aksi pertama Kumpulan A Piala Malaysia malam tadi.

Pengendali PKNS FC, Datuk K. Rajagopal tidak menolak kemungkinan tumpuan pemainnya sedikit terganggu sehingga kalah mudah 1-3 kepada Terengganu Football Club I (TFC I) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini.

"Mungkin terganggu tetapi sejujurnya saya tidak pernah bertanya berhubung perkara itu (reaksi bakal menjadi pasukan pelapis) dengan anak buah saya.

"Saya mungkin perlu bertanya secara peribadi dengan pemain-pemain selepas ini atau meminta bantuan bomoh sahaja," katanya secara berseloroh ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Rajagopal berkata, kekalahan 1-3 terhadap TFC I sebenarnya tidak dijangka kerana PKNS FC memiliki rekod pertemuan baik bertemu skuad Penyu sebelum ini.


Ujar bekas ketua jurulatih Harimau Malaya itu, skuad Semut Merah sebenarnya bertandang ke Kuala Terengganu dengan keyakinan tinggi untuk menewaskan TFC I. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment