Dalam kejadian pukul 10.40 malam itu, Muhammad Ameerul Hadeem Muhammad Ameen, 20, yang berasal dari Kampung Bayam, Kota Bharu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, seorang penumpang kereta terbabit, Alif Zikri Mohd. Nizam, 20, dari Taman Puchong Utama, Selangor juga cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan.
“Sewaktu kejadian, kereta Perodua Myvi yang dipandu Muhammad Ameerul dikatakan dalam perjalanan ke Kota Bharu dari arah Kuala Terengganu.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang dinaiki mereka dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh sebuah rumah kedai kosong di tepi jalan,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Zulkifli memberitahu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Setiu mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di dalam kereta berkenaan.
Menurutnya, Muhammad Ameerul dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment