Oleh MOHD.AZLI ADLAN, TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF dan NOOR HAYATI MAMAT
KUALA TERENGGANU - Rata-rata golongan peniaga di Tereng ganu mula menarik nafas lega selepas mereka sudah boleh membuka perniagaan seperti biasa apabila negeri itu mema suki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) semalam.
Antara premis yang menjadi tumpuan orang ramai adalah ke dai gunting rambut, pusat cuci kenderaan, kedal elektrik dan kedai buku.
Kosmo! dalam tinjauan men dapati, seorang pelanggan sang gup datang sejam lebih awal dari waktu operasi pada hari pertama pembukaan semula perniagaan kedai gunting rambut semalam.
Pelanggan setia, Mohd. Ihsan Sabri Muda, 35, berkata, dia me nunggu sejak pukul 9 pagi untuk mendapatkan khidmat gunting rambut di Matt Barbershops di Bukit Tunggal, Kuala Nerus.
Keputusannya itu nyata berbaloi setelah menjadi yang terawal selain diberikan caj percuma oleh premis berkenaankepada 10 pelanggan pertama.
"Kebiasaannya memang saya ke sini sebulan sekali tetapi se jak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), saya tidak dapat menggunting rambut.
"Walaupun dibuka pukul 10 pagi, saya datang awal sebab tahu kalau lewat, ramaiyang menung mgu giliran," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Tukang gunting rambut. Safwan Sedik, 22, berkata, semalam merupakan hari yang menggembirakan setelah premis itu boleh beroperasi seperti biasa dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Dalam pada itu, Abdul Hadi Omar, 69, berkata, dia sebelum ini kehilangan sumber pendapatan setelah kedai perkakasan elek- triknya di Kuala Besut, dekat sini terpaksa ditutup hampir dua bulan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
"Saya dan isteri, Rubiah Ismail, 65, bergantung kepada wang sim-panan dan pencen dalam dua bu-lan ini.
"Memang perit kerana sewa kedai masih perlu dibayar. Lega dapat beroperasi semula hari ini (semalam)," katanya.
Abdul Hadi berkata, kedai perkakasan elektrik tersebut merupakan satu-satunya mata pencariannya dan isteri setelah bersara pada 2014.
Katanya, sebelum ini purata pendapatan kasar hariannya antara RM500 hingga RM1,000.
"Harap situasi Covid-19 akan bertambah baik bagi membolehkan rakyat termasuk kami golongan peniaga dapat memulihkan kemball ekonomi," katanya.
Sementara itu, di Hulu Terengganu, seorang pengusaha pusat cuci kereta, Muhamad Fakrudzi Ghazali, 33, berkata, perkembangan itu sekali gus membolehkan dua pekerjanya kembali dapat mencari rezeki apabila premis tidak beroperasi sejak Aidilfitri lalu.
Menurutnya yang kehilangan pergelangan tangan kiri akibat tersepit mesin tebu, dia hanya bergantung kepada hasil sim panan serta bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang diperoleh selama hampir dua bulan tidak dapat beroperasi.
"Selain usaha pusat cuci ini saya juga sediakan perkhidmatan katering aiskrim tetapi kedua-duanya tidak dibenarkan ketika PKP menyebabkan saya hilang sumber pendapatan.
"Saya bertahan dengan duit simpanan serta bantuan GKP daripada kerajaan. Dapat kembali beroperasi tentunya saya bersyukur, pekerja pula boleh bekerja semula," katanya.
No comments:
Post a Comment