Translate

Thursday, July 15, 2021

Terengganu benar ibadah korban dan solat berjemaah

 KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah dibenarkan di Terengganu sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut tidak lama lagi.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Tereng- ganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, selain rumah penyembelihan, ibadah korban dibenar dilakukan di pekara ngan masjid dan surau dan kawasan lapang di negeri ini.

"Hanya lima ekor lembu dibenar untuk dikorban di pekarangan masjid, surau dan kawasan lapang pada setiap hari dengan kehadiran maksimum 10 petugas.

"Permohonan bagi melakukan ibadah korban dan aqiqah boleh dilakukan dengan mengisi borang disediakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Tereng-ganu (JHEAT) dan pejabat agama Islam di setiap daerah di negeri ini," katanya di sini semalam.

Osman berkata, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperkenan pelaksanaan solat sunat Aidiladha dengan kehadiran maksimum 40 jemaah terdiri daripada ahli kariah.

Tambah beliau, baginda turut memperkenan bilangan jemaah solat Jumaat di masjid masjid di Terengganu diting katkan kepada 40 orang tidak termasuk ahli jawatankuasa berkuat kuasa hari ini.

"Seramai 12 jemaah dalam kalangan ahli kariah yang bermastautin dan warganegara Malaysia dibenarkan untuk melaksanakan solat fardu ber jemaah.

"Begitupun, semua kebenaran itu terbatal di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawa lan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya.

No comments:

Post a Comment