Translate

Tuesday, July 20, 2021

‘Tetap bersyukur walau tak meriah’


Oleh MOHD.AZLI ADLAN, ABDUL RAZAK IDRIS, NOOR HASLIZA NUSI MUHAMMAD ZIKR dan NUR ANATI JUHARI

PETALING  JAYA– Ibadah korban yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha tetap akan diraikan sekalipun negara masih dibelenggu penularan jangkitan Covid-19 yang mencecah angka lebih 10,000 kes sehari.

Tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata jawatankuasa penguru­san masjid dan komuniti setempat juga sudah bersiap sedia untuk melaksanakan ibadah itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

 Ibadah yang sangat dituntut dalam Islam itu akan dilaksanakan selama empat hari bermula esok sebaik umat Islam selesai menunaikan solat sunat Aidiladha. 

Semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak membenarkan pelaksanaan ibadah korban mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Di Kuala Langat, Selangor, ahli-ahli kariah Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang di sini, melahirkan rasa syukur kerana boleh menunaikan ibadah korban wa- laupun dengan hanya 32 ekor lembu berbanding 100 ekor sebelum Perintah Kawalan Pergera kan (PKP) dikuatkuasakan.

Nazir masjid berkenaan, Zalnal Ulum Ahmad Kasah berkata, untuk ibadah korban tahun ini, 32 ekor lembu tersebut adalah untuk pelaksanaan selama empat hari mengikut SOP ketat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Kita akur dengan SOP yang dikeluarkan oleh JAIS. Oleh itu kita telah bermesyuarat dengan pihak tersebut untuk memastikan garis panduan dapat dijayakan tanpa gagal.

"Kita tidak mahu mewujudkan kluster korban selepas program ini berakhir," katanya ketika ditemuidi Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang semalam.

Zainal Ulum berkata, sebelum Ini, program ibadah korban berjaya menarik kehadiran ratusan ahli kariah, namun berdasarkan SOP di Selangor, hanya 20 petugas dibenarkan melaksanakan ibadah untuk satu-satu sesi.

Katanya lagi, lapan orang akan bertugas menyembelih dan selebihnya akan mengambil tugas untuk meracik dan membungkus daging untuk diagihkan.

"Kita juga akan menghantar daging korban kepada 10,000 keluarga di kawasan Sijangkang sebagai sebahagian SOP yang ditetapkan pihak berkuasa," katanya.

Di George Town, Pulau Pinang hanya sebilangan masjid dan surau di negeri ini yang akan melaksanakan ibadah korban berikutan SOP ketat yang dike- luarkan pihak berkuasa negeri.

Setiausaha Masjid Maqbul di Teluk Kumbar, Mohd. Idris All berkata, sebanyak 10 ekor lembu akan dikorbankan selama dua hari pelaksanaan ibadah itu.

"Kami tetap meneruskan ibadah korban biarpun dalam suasana pandemik. Kali ini, 10 ekor lembu akan dikorbankan ber- banding lapan ekor tahun lalu.

"Kami sedia mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk jum lah petugas, penjarakan fizikal dan daftar diri menerual Mysejahtera," katanya kepada

Di Kuala Terengganu, Terengganu, kebenaran ibadah korban oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu CHEAT) memberi rahmat besar buat penternak lembu.

Permintaan terhadap lembu, kerbau dan kambing untuk di jadikan korban pada Hari Raya Aidiladha juga melonjak ekoran pengumuman tersebut.

Pengusaha lembu di Kampung Tok Dor. Besut, Azman Mustapha, 31, berkata, tempahan ter hadap lembu ternakan naik mendadak sejak 1 Julai lalu.

"Semua 60 ekor lembu ternakkan yang saya sediakan untuk ibadah korban habis ditempah.

"Sebelum kebenaran diberikan, hanya lima ekor lembu yang berjaya dijual, tetapi jumlah itu meningkat mendadak baru-baru ini," ujarnya.

Menurut Azman, kebanyakan lembu ternakannya ditempah oleh masjid di sekitar bandar raya ini dan di Paka, Dungun.

Di Alor Setar, Kedah, seorang pengusaha rumah penyembelihan telah membuat persiapan rapi untuk mengendalikan 50 ekor lembu korban.

Pemilik rumah sembelihan di Kampung Sungai Baru Tengah di sini, Mohd. Subri Mohd Said, 56, berkata, persediaan itu di lakukan mengikut keupayaan nya untuk membekalkan bekalan lembu.

"Biasanya, saya akan menguruskan lebih 100 ekor lembu un tuk ibadah korban, tetapi tahun ini, saya jangka jumlah lembu tidak lebih daripada 50 ekor.

la berikutan masalah kekurangan lembu berikutan tiada bekalan dari Thailand, harga lembu

No comments:

Post a Comment