HULU TERENGGANU - Nasib pemain industri pelancongan Tasik Kenyir dekat sini yang terjejas teruk ekoran pelaksa naan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh mendapat perhatian Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang tampil menyalurkan in sentif bantuan kewangan.
Pengerusi Ketengah, Datuk Razali Idris berkata, peruntu- kan bernilai RM118,100 terse- but memberi manfaat kepada 277 pengusaha dan pemandu rumah bot dan bot laju yang beroperasi di Tasik Kenyir.
"Penerima yang sudah berkahwin akan menerima RM500 setiap seorang, manaka- la RM300 pula bagi penerima kategori bujang.
"Ini pemberian insentif bantuan kewangan kali kedua yang disampaikan Ketengah bagi meringankan beban pemain industri pelancongan Tasik Kenyir yang terjejas ekoran pe nularan pandemik Covid-19 katanya selepas menyampai kan bantuan tersebut kepada Pengerusi Persatuan Pengu- saha Pelancongan Tasik Kenyir, Zalani Endut.
Razali berkata, sebelum ini. Ketengah yang merupakan agensi pengoperasian dan pentadbiran Tasik Kenyir te lah menyalurkan peruntukan RM152,700 untuk membantu 86 pengusaha rumah bot mem baiki kemudahan masing-ma sing pada 21 Jun tahun lalu.
Jelas beliau, pihaknya terpanggil untuk menyalurkan bantuan kewangan sekali bayar yang lebih menyeluruh pada kali ini memandangkan pandemik Covid-19 sejak awal tahun lalu masih belum berakhir dengan impak yang jauh lebih negatif
"Saya pohon kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) kembali mem benarkan sektor pelancongan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
"Mungkin kita boleh benarkan hanya individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 untuk melancong di negeri-negeri yang mempunyai kes positif harian rendah se perti Terengganu," katanya.
Kosmol Jumaat lalu melaporkan seorang pengusaha rumah bot Tasik Kenyir, Sam sudin Khalid, 45, hidup melarat dengan terpaksa menetap di dalam rumah bot mereka ekoran kehilangan pendapatan ekoran PKP Penuh.
No comments:
Post a Comment