Oleh MOHD AZLI ADLAN
HULU TERENGGANU – Industri pelancongan di Tasik Kenyir di sini yang merupakan tasik buatan terbesar Asia Tenggara lumpuh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.
Kawasan bertaraf bebas cukai yang sebelum ini meriah dengan aktiviti pelancongan air, alam sekitar dan membeli-belah kini sunyi sepi tanpa kehadiran pengunjung.
Hampir 100 buah rumah bot yang sebelum ini tidak menang tangan menerima pelancong yang kebanyakan dalam kalangan kaki pancing kini tersadai di tebing tasik sehingga membuatkan pengusahanya terduduk.
Kebanyakan mereka yang tersepit terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan lain termasuk menangkap ikan, mencari hasil hutan dan madu serta berkebun demi kelangsungan hidup.
Seorang pengusaha rumah bot, Mohd. Talib Embong 31, terpaksa mencari hasil hutan untuk djual demi menampung kehidupan keluarganya.
Bapa kepada dua orang anak yang menetap di Kampung Gaung di sini itu mengutip apa sahaja yang ditemui di dalam hutan untuk dijual.
"Saya banyak belajar daripada Orang Asli yang ditemui di dalem kawasan hutan berhampiran untuk mengambil kayu-kayan dan madu yang boleh dijual.
"Pada hari minggu, saya menangkap ikan di beberapa batang sungai di daerah ini sebelum hasilnua dijual kepada peraih," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Pengkalan Gawi di sini baru-baru ini.
Mohd. Talib yang mengusahakan rumah bot Kelisa 1 berkata, sebelum ini, perkhidmatannya yang mengenakan caj RM1,800 bagi pakej percutian dua hari satu malam sentiasa penuh terutama pada hujung minggu.
Katanya, rumah botnya kini bukan sahaja tidak dapat beroperasi, malah dia juga terpaksa memulangkan deposit ramal pe langgan lebih RM10,000 ekoran pelaksanaan PKP Penuh.
Seorang lagi pengusaha, Muhammad Bidin Ibrahim, 50, pula berkata, dia terpaksa menukar profesion sebagai pekebun pisang setelah rumah botnya tidak dapat beroperasi
"Dahulu saya tidak menang tangan kerana rumah bot saya yang menawarkan pakej pre- mium serendah RM10,000 untuk dua hari satu malam sentiasa dipenuhi pelancong.
"Sekarang saya mengusahakan kebun pisang seluas 1.62 hektar di Kuala Berang di sini.
" Saya akui kurang terkesan kerana empat anak sudah besar tetap rumah bot masih perlu diselenggara," katanya
Dia yang sudah mengusahakan rumah bot sejak 35 tahun lalu menjangkakan ramai pengusaha rumah bot tidak mampu bertahan jika industri pelancongan terus ditutup lebih lama lagi.
"Memang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah telah me.beri bantuan pada PKP 1.0 tetapi ramai yang sudah kehabisan modal.
"Walaupun Terengganu memasuki Pasa Dua Pelan Pemulihan Negara, namun aktiviti rentas daerah masih tidak dibenarkan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment