Translate

Tuesday, July 13, 2021

Terengganu, Kelantan dilanda ribut

Oleh MOHD AZLI ADLAN dan TOREK SULONG

KUALA TENGGANU -Sebahagian besar kawasan di Terengganu dilanda ribut yang menyebabkan sekurang-kurangnya 518 rumah mengalami kerosakan kelmarin. Empat daerah di negeri ini Jaitu Kuala Terengganu, Dungun, Hulu Terengganu dan Dungun terlibat dalam kejadian ribut yang bermula pada pukul 6 petang berkenaan.

Pengarah Angkatan Perta hanan Awam (APM) Tereng ganu, Mohd Rosman Abdullah berkata, daerah Kuala Tereng ganu paling teruk terjejas de ngan 299 rumah terlibat diikuti Hulu Terengganu (120 rumah), Marang (59 rumah) dan Dungun (40 rumah).

"Ribut yang berlaku dalam tempoh 15 minit tersebut turut menyebabkan banyak pokok-pokok di kawasan terlibat tumbang.

"Antara kawasan yang paling teruk terjejas lalah Padang Setengge, Hulu Terengganu, Pengkalan Setar, Gong Baru, Kampung Teluk Paku, Kampung Atas Tol dan Kampung Pulau Pengkalan Setar, Gong Baru, Manis, Kuala Terengganu dan Sri Aman serta Teluk Bidara, Dungun," katanya kepada pemberita di sini semalam. 

Mohd. Rosman berkata, tindakan segera memotong dan membersihkan pokok-pokok kini terpaksa beratapkan langt tumbang di kawasan terlibat dilakukan tidak lama sebaik menerima maklumat berhubung kejadian ribu itu pada pukul 640 petang.

Tambah beliau, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Bencana telah dibuka di peringkat daerah bagi menyelaras penilaian kerugian akibat kerosakan dan bantuan kepada manga ribut.

 Dalam pada itu di Bachok, Kelantan, seorang pelajar semester dua Politeknik Kota Bharu tergamam apabila atap rumahnya tercabut dan diterbangkan ribut ketika mengikuti kelas dalam talian di Kampung Jalan Permatang Pasir, Gunung di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 4 petang itu menyebabkan sebahagian bumbung dan atap zink rumah keluarga Mohd. Izham Shakirin Mohd. Ghazali, 20, terbang tinggi ke udara sebelum jatuh di belakang rumahnya.

Menurut Mohd Izham, kejadian itu turut mengakibatkan bahagian ruang tamu, bilik tidur dan dapur rumah keluarganya kini terpaksa beratapkan langit buat sementara waktu.

No comments:

Post a Comment