Translate

Monday, July 26, 2021

KPDNHEP perkenal logo khas pada barangan kawalan, bersubsidi

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil inisiatif mewajibkan semua 12 barangan kawalan dan bersubsidi di negara ini mempunyai logo khas.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, pendekatan itu bagi membolehkan kesemua barangan kawalan dan bersubsidi yang berada di pasaran lebih mudah dikenali.

Beliau berkata, langkah itu juga bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa bagi mengatasi aktiviti penyeludupan di sempadan negara selain membanteras tindakan tidak bertanggungjawab segelintir peniaga yang menaikkan harga barangan tersebut tanpa kebenaran.

“Barangan kawalan berjadual dan bersubsidi terlibat ialah gula, tepung gandum, minyak masak satu kilogram, baja, kerosin, bar bulat keluli lembit dan petrol RON 95 dan diesel.

“Ia juga melibatkan roti, gas petroleum cecair (LPG), simen dan ayam,” katanya ketika ditemui di Manir dekat sini hari ini.

Rosol berkata, pengilang telah diwajibkan agar menampal logo khas pada kesemua 12 produk barangan kawalan dan berjadual dan bersubsidi tersebut secara berperingkat pada masa terdekat.

Jelas beliau, ia dimulai dengan bungkusan tepung gandum yang telah diperkaya dengan zat besi dan asid folik dengan subsidi kerajaan sebanyak 5 sen bagi setiap kilogram. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment