Translate

Monday, July 19, 2021

70,000 penduduk Ketengah selesai vaksinasi bulan depan

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Proses vaksinasi Covid-19 bagi semua 70,000 penduduk wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung bulan Ogos depan.

Pengerusi Ketengah, Datuk Razali Idris berkata, setakat ini, 52,000 daripada penduduk yang layak telah didaftarkan untuk menerima vaksin Covid-19 menerusi program Outreach kendalikan agensinya.

“Kita telah berjaya mengadakan lapan daripada 18 program outreach vaksinasi yang dirancang di kawasan wilayah Ketengah ini.

“Seramai 8,500 penduduk telah menerima vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya satu dos buat masa ini. Kita yakin proses vaksinasi bagi wilayah Ketengah ini dapat selesai sepenuhnya pada hujung Ogos depan,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui selepas memantau program Outreach Vaksinasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besi dekat sini hari ini.

Razali berkata, proses vaksinasi di wilayah tersebut yang terletak di pedalaman Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu perlu diselesaikan sepenuhnya sebelum ketibaan musim tengkujuh.

Jelas beliau, kerja-kerja vaksinasi penduduk pasti sukar dilakukan pada musim tengkujuh kerana lebih 60 peratus kawasan di wilayah Ketengah tersebut kebiasaannya akan terjejas dengan banjir besar pada waktu itu. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment