Translate

Friday, July 16, 2021

Cubaan seludup rokok dalam kotak makanan ringan gagal

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Helah sebuah sindiket cuba membawa masuk rokok dipercayai seludup di dalam timbunan kotak yang dilabel sebagai makanan ringan gagal memperdaya polis.

Lori yang membawa muatan rokok pelbagai jenama disyaki seludup bernilai keseluruhan dianggarkan RM915,000 berkenaan ditahan ketika melalui Jalan Kota Bahru – Kuala Terengganu di sini pada pukul 9.20 pagi, 9 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, lori yang membawa muatan rokok dipercayai seludup itu ditahan oleh sepasukan anggota JSJ Bukit Aman dan Terengganu.

“Pemeriksaan mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 30-an tersebut mendapati ia penuh dengan muatan kotak berlabel makanan ringan.

“Begitupun apabila kotak tersebut dibuka, ia sebenarnya mengandungi banyak karton rokok pelbagai jenama yang disyaki diseludup,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Marzukhi berkata, semakan mendapati pemandu lori tersebut memiliki dua rekod jenayah lampau.

Tambah beliau, suspek telah ditahan reman selama 15 hari sehingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment