Translate

Sunday, July 25, 2021

Anggota Rela tembak mati rakan direman tujuh hari

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang menembak mati bekas Pengerusi MCA Bahagian Marang, Fong Swee Huan semalam ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 57 tahun sehingga Jumaat minggu depan itu dibenarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Kosmo! hari ini melaporkan suspek mengamuk dan dipercayai melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah milik Rela sehingga menyebabkan rakan karibnya, Swee Huan terbunuh di Pondok Kawasan Rukun Tetangga (RT) Taman Jaya, Wakaf Tapai di sini.

Insiden pada pukul 2 petang turut menyebabkan anak saudara Swee Huan iaitu Teo Beng Hock, 45, cedera parah akibat terkena tembakan di bahagian dada.

Suspek yang cuba melarikan diri dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda kemudiannya berjaya ditahan di Durian Mentagau, Dungun pada pukul 4.20 petang. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment