Translate

Tuesday, July 20, 2021

Taktik menyamar bot tempatan, kibar Jalur Gemilang

 

KUALA TERENGGANU -Menyamar sebagai bot tempatan dengan menggunakan nombor patil atau pendaftaran palsu merupakan modus operandi yang sering digunakan oleh nelayan Vietnam untuk mencerobohi perairan negara.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, nombor patil palsu itu biasanya akan dipasang oleh nelayan asing tersebut sebaik memasuki perairan negara.

"Mereka biasanya akan menanggalkan nombor pendaftaran asal selain tidak segan silu mengibarkan Jalur Gemilang pada bot masing-masing semata-mata untuk mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.

Muhammad Suffi berkata, taktik penipuan tersebut tidak berjaya kerana Maritim Malaysia (APMM) sudah masak dengan helah nelayan Vietnam tersebut.

Beliau berkata, penyamaran tersebut biasanya akan terdedah menerusi pemeriksaan buku log bot dan lesen perikanan yang sukar dipalsukan.

Dalam pada itu, Muhammad Sum tidak menolak kemungkinan keghairahan nelayan Vietnam menceroboh perairan Pantai Timur khususnya Terengganu dibantu oleh kru bot tempatan yang melakukan khianat.

Beliau memberitahu, kebanyakan bot nelayan laut dalam atau C2 tempatan masih menggunakan sepenuhnya khidmat awak-awak warga Vietnam.

"Kita syaki kru bot nelayan C2 warga Vietnam ini menjadi 'mata dan telinga' rakan senegara mereka untuk memasuki perairan negara ini.

"Mereka dipercayai bukan sahaja menyalurkan maklumat tentang operasi rondaan aset APMM, malah berkongsi mana lokasi lubuk ikan dengan nelayan-nelayan Vietnam berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Suffi berkata, nelayan Vietnam yang ditahan didakwa mengikut Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1963 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ujarnya, bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan mi nyak diesel nelayan asing itu pula akan disita sebelum bot tersebut akan dikaramkan sebagai tukun tiruan di lokasi strategik di peral ran Terengganu sesudah selesai proses melucut hak dilakukan di mahkamah.

"Setakat ini, APMM berjaya menahan 103 buah bot nelayan asing melibatkan jumlah ram pasan keseluruhan RM1545 juta sepanjang Ops Kuda Laut di Pan tal Timur mulai awal tahun ini," katanya.

No comments:

Post a Comment