BESUT - Pengusaha sate Jabi mengeluh apabila perniagaan mereka merosot sehingga 75 peratus ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.
Ramlah Dollah, pengusaha restoran Sate Mastura, berkata, restorannya kini agak lenggang dengan purata jualan hanya 500 cucuk sehari berbanding lebih 2,000 sebelum ini.
"Kedai buka pukul 2 petang setiap hari, tetapi lepas Asar baru dapat pelanggan pertama.
"Jualan lebih teruk pada hu jung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu kerana larangan rentas negeri dan daerah," katanya di sini semalam.
Ramlah mewarisi perniagaan sate arwah ibunya yang telah beroperasi sejak 44 tahun lalu berkata, Saté Jabi menjadi pilihan utama masyarakat Pantai Timur kerana keenakannya.
Sementara itu, pengusaha restoran Sate Suria, Shamsuria Ramli berkata, dia terpaksa membuat penggiliran jadual bertugas 17 pekerjanya.
"Hanya empat pekerja akan bertugas setiap minggu secara bergilir-gilir. Ini inisiatif saya bagi memastikan tiada seorang pun yang akan diberhentikan," katanya.
No comments:
Post a Comment