Translate

Wednesday, July 7, 2021

Lebih 500 rumah rosak dipukul ribut di Terengganu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TENGGANU – Sebahagian besar kawasan di Terengganu dilanda ribut semalam yang menyebabkan sekurang-kurangnya 518 rumah mengalami kerosakan.

Empat daerah di negeri ini iaitu Kuala Terengganu, Dungun, Hulu Terengganu dan Dungun terlibat dalam kejadian ribut yang bermula pada pukul 6 petang berkenaan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata, daerah Kuala Terengganu paling teruk terjejas dengan 299 rumah terlibat diikuti Hulu Terengganu (120 rumah), Marang (59 rumah) dan Dungun (40 rumah).

“Ribut yang berlaku dalam tempoh 15 minit tersebut turut menyebabkan banyak pokok-pokok di kawasan terlibat tumbang.

“Antara kawasan yang paling teruk terjejas Padang Setengge, Hulu Terengganu; Pengkalan Setar, Gong Baru, Kampung Teluk Paku, Kampung Atas Tol dan Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu dan Sri Aman serta Teluk Bidara, Dungun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Rosman berkata, tindakan segera memotong dan membersihkan pokok-pokok tumbang di kawasan terlibat telah diambil tidak lama sebaik menerima maklumat berhubung kejadian ribut itu pada pukul 6.40 petang.

Tambah beliau, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Bencana telah dibuka di peringkat daerah bagi menyelaras penilaian kerugian akibat kerosakan dan bantuan kepada mangsa ribut. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment