Translate

Tuesday, July 6, 2021

Lega kedai elektrik kembali dibenar operasi

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Pembukaan semua kedai perkakasan elektrik berikutan fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Terengganu hari ini melegakan Abdul Hadi Omar, 69.

Dia sebelum ini kehilangan sumber pendapatan setelah kedai perkakasan elektriknya di Kuala Besut dekat sini terpaksa ditutup selama hampir dua bulan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Saya dan isteri, Rubiah Ismail, 65, bergantung kepada wang simpanan dan pencen dalam dua bulan ini.

“Memang perit kerana sewa kedai bulanan masih perlu dibayar. Lega dapat beroperasi semula hari ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Besut dekat sini hari ini

Abdul Hadi berkata, kedai perkakasan elektrik tersebut merupakan satu-satunya mata pencarian dia dan isteri setelah bersara sejak tahun 2014.

Dia berkata, sebelum ini purata pendapatan kasar hariannya antara RM500 hingga RM1,000 sehari.

“Harap situasi Covid-19 akan bertambah baik bagi membolehkan rakyat termasuk kami golongan peniaga dapat memulihkan kembali ekonomi,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment