HULU TERENGGANU - Kais pagi makan pagi, kais petang ma kan petang.
Itulah nasib yang dialami pemain industri pelancongan di Tasik Kenyir di sini apabila sektor pelancongan di kawasan tersebut lumpuh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau total lockdown.
Kesempitan hidup turut melibatkan peniaga kedai makan dan kedai bebas cukai berhampiran yang selama ini mendapat limpahan rezeki daripada kehadiran pelancong di Tasik Kenyir.
Seorang peniaga, Siti Zaharah Salleh, 54, berkata, kedai makan nya terpaksa ditutup ekoran keti adaan pelanggan selepas PKP 30
dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu.
"Pelancong langsung tiada, kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah pula sebahagian besarnya bekerja di rumah.
"Senario ini lebih teruk dari pada PKP 10 pada tahun lalu. Ketika itu, kami masih ada modal untuk meneruskan kelangsungan hidup, tetapi kini sudah kering kontang sebab Covid-19" katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Pengkalan Gawi baru-baru ini.
Siti Zaharah yang sudah hampir 20 tahun membuka kedai makan di Tasik Kenyir mengakui terpaksa menyuruh anak lelakinya mengutip buah asam gelugur di dalam hutan berhampiran untuk diproses menjadi asam keping.
"Sebelum ini kami tidak pernah ambil kisah pun, tetapi apa bila sudah terdesak, ini (asam keping) pun jadi sumber pendapatan sekarang in" ujarnya.
Seorang pekerja kedai bebas cukai yang enggan dikenali berkata, perniagaan coklat lumpuh akibat ketiadaan pelanggan.
"Bukan setakat pelancong, penduduk dari daerah lain jug masih tidak boleh datang ke sini walaupun sekarang Terengganu sudah memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara," katanya
Sehubungan itu, dia bercadang untuk menjual coklat secara online sahaja sebelum lebih banyak lagi coklat jualannya rosak kerana melebihi tarikh luput.
No comments:
Post a Comment