Translate

Tuesday, July 20, 2021

Bermaharajalela di perairan negara

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU- Maritim Malaysia (APMO) mendedahkan ratusan bot nelayan Vietnam sedia menunggu di sempadan perairan antarabangsa untuk memasuki laut negara bagi mengaut hasil laut berkualiti tinggi milik Malaysia.

Lebih membimbangkan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh sejak 1 Jun lalu menjadi ruang buat mereka bermaharajalela di perairan Pantal Timur terutama di Terengganu.

Pengarah APMM Terengganu. Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, nelayan Vietnam akan berbuat de mikian sekiranya pihak berkuasa alpa dan setakat ini bilangan bot mereka yang berdaftar dianggarkan lebih 100,000 buah.

"Isnin lalu, Kapal Maritim (KMD) Nusa berjaya menahan empat bot nelayan serentak pada kedudukan 144 kilometer (km) dari perairan Kuala Terengganu.

"Siasatan mendapati kesemua bot itu telah berada di perairan negara sejak awal pelaksanaan PKP Penuh dan telah mengaut ikan bermutu tinggi dan sotong bernilai RM6 juta" katanya ketika ditemui Kosmo!.

Muhammad Suff berkata, taktik licik nelayan Vietnam  sudah dijangka berdasarkan trend pengusiran sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 10 pada 18 Mac hingga 14 Jun tahun lalu.

Beliau berkata, sepanjang bulan Ramadan dan Syawal tahun lalu, sebanyak 72 bot melibatkan 703 nelayan Vietnam telah dise dan la meningkat berkali ganda berbanding 2018 dan 2019.

"Soal siasat mendapati mereka ceroboh sekitar kedudukan 277 km dari perairan Terengganu dan kawasan pelantar minyak kerana menyangka penguatkuasaan maritim dikendurkan ketika negara memberi tumpuan melawan Covid-19," katanya.

Tambahnya, kedudukan itu membolehkan mereka melarikan diri dengan pantas.

Muhammad Suff berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia melakukan rondaan di kawasan seluas 333km dari perairan Terengganu setiap hari melibat kan aset seperti KM Pekan, Tegas, Gemia, Penggalang 45 dan 16.

No comments:

Post a Comment