Translate

Monday, July 26, 2021

Ambil video, gambar di PPV tetap tidak dibenarkan

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan orang ramai agar membenarkan penerima vaksin merakam video ketika disuntik vaksin Covid-19 di pusat penerimaan vaksin (PPV) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, perbuatan mengambil video dan gambar dalam kalangan penerima tidak dapat dibenarkan kerana ia dikhuatiri boleh menganggu kelancaran proses vaksinasi di PPV berkenaan.

“Setakat ini, kita tidak membenarkan (pengambilan video dan gambar) kerana tidak mahu proses vaksinasi di PPV menjadi lambat.

“Begitupun, penerima vaksin Covid-19 digalakkan untk meminta petugas PPV menunjukkan picagari kepada mereka sebelum suntikan dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ahmad Amzad berkata, kementeriannya telah mengarahkan petugas di PPV untuk menunjukkan picagari kepada setiap penerima terlibat pada sebelum dan selepas suntikan dilakukan.

Jelas beliau, langkah itu bertujuan memberi keyakinan kepada penerima bahawa suntikan yang diberikan benar-benar mengandungi cecair vaksin Covid-19.

Kosmo! semalam melaporkan orang ramai menggesa kerajaan supaya membenarkan penerima vaksin merakam video ketika disuntik sebagai salah satu ketelusan selain mengekang jika ada cubaan untuk melakukan penipuan. – K! ONLINE

 

No comments:

Post a Comment