Translate

Wednesday, July 21, 2021

Empat sahabat dituduh bunuh lelaki curi lembu

 

KUALA TERENGGANU  - Empat sahabat termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Ma jistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh tanpa niat seorang lelaki yang dituduh mencuri lembu, enam tahun lalu.

Kesemua tertuduh, Mohd. Amizi Berahim @Hassim, 40, dan adiknya, Mohd. Hafizol, 35, serta Abdul Hakim Alias, 35, dan Mohd. Fauzi Ismail, 42, mengaku tidak bersalah di bacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa secara ber sama menyebabkan kematian Mohammad Amir Mat Yim, 29, tanpa niat di Kampung Peng kalan Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus antara pukul 7 malam hingga 8 malam, 11 April 2015.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Mazrinie membenarkan semua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan dua penjamin. Kes disebut semula 8 Julai depan.

Akhbar 16 April 2016 melaporkan, seorang lelaki maut selepas cedera parah ekoran dibelasah beramai-ramai hingga tidak sedarkan diri oleh sekumpulan penduduk kampung.

Sebelum kejadian, mangsa didakwa cuba melarikan lembu peliharaan tetapi perbuatannya disedari penduduk kampung.

No comments:

Post a Comment