Translate

Saturday, January 16, 2021

Terengganu kembali dilanda banjir gelombang kelima

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Terengganu kembali dilanda banjir gelombang kelima melibatkan pendalaman Kemaman dan Dungun bermula pada pukul 5.45 petang tadi.

Setakat ini, seramai 138 mangsa daripada 40 keluarga di kedua-dua daerah telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata,  kawasan yang terlibat banjir di Dungun ialah Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukur manakala Kemaman pula melibatkan Kampung Teladas.

“Seramai 92 mangsa daripada 29 keluarga telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor.

“PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teladas pula setakat ini telah menempatkan 46 penduduk daripada 11 keluarga,” katanya di sini semalam.

Che Adam berkata, banjir tersebut disebabkan hujan lebat tanpa henti yang melanda kedua-dua kawasan pendalaman berkenaan sejak dua hari lalu.

Banjir gelombang keempat yang menjejaskan lebih 8,000 penduduk Terengganu baru sahaja berakhir pada 23 Disember lalu. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment