Translate

Sunday, January 31, 2021

48 petugas HSNZ dijangkiti Covid-19

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seramai 48 petugas kesihatan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini disahkan dijangkiti Covid-19.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunos berkata, kesemua petugas kesihatan yang terkesan telah diasingkan dam sedang menerima rawatan.

“Setakat 29 Januari lalu (semalam), seramai 48 orang petugas kesihatan (HSNZ) yang telah dijangkiti COVID-19.

“Kontak rapat bagi setiap kes juga telah disaring dan diasingkan. Siasatan sedang dilakukan untuk mengenalaspasti punca jangkitan,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Nor Azimi berkata, situasi semasa bagaimanapun tidak mengganggu pengurusan rawatan pesakit di HSNZ.

Ujar beliau, perkhidmatan unit rawatan rapi, dewan bedah dan kecemasan di hospital utama di Terengganu tersebut masih berjalan lancar.

“Begitupun, perkhidatan rawatan kes ringan di Jabatan Kecemasam dan Trauma HSNZ ditutup sementara bermula semalam (kelmarin) bagi mengurangkan gangguan kepada perkhidmatan kritikal. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment