Translate

Tuesday, January 26, 2021

APMM tahan dua bot nelayan Vietnam

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Taktik 16 nelayan Vietnam mencerobohi perairan negara ini dengan menggunakan bot pendaftaran palsu gagal apabila berjaya dikesan Maritim Malaysia (APMM) pada kelmarin.

Kedua-dua bot yang dinaiki kesemua nelayan asing berkenaan berjaya ditahan kapal peronda, Kapal Maritim (KM) Langkawi di dua lokasi berasingan iaitu 93 dan 118 batu nautika dari timur laut Kuala Terengganu pada pukul 4 petang.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pemeriksaan mendapati walaupun bot nelayan Vietnam itu dicat menyerupai milik tempatan tetapi ia tidak mempunyai dokumen sah untuk menangkap ikan di perairan negara.

“Kesemua 16 nelayan termasuk seorang tekong berusia dalam lingkungan 18 hingga 62 tahun juga tidak memiliki dokumen pengenalan dan permit kerja sah.

“Sehubungan itu, APMM telah menyita dua bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan minyak diesel berkenaan yang dianggarkan bernilai RM3 juta,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, kesemua barangan sitaan telah ditunda ke jeti Pejabat Maritim Terengganu di sini.

Tambah beliau, seramai 16 suspek juga telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta
Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment