Translate

Sunday, January 17, 2021

Maut ketika berkonvoi di LPT 2

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Kegembiraan 20 penunggang motosikal berkonvoi untuk bercuti sempena cuti Tahun Baru bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di KM 386.4, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Jamaludin Zainalabidin, 38, dari Kampung Paya Pulai, Segamat, Johor meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian, mangsa dan rakan-rakannya sedang berkonvoi ke Kuala Terengganu dari Segamat sempena cuti Tahun Baru.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggangi mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas hingga bergesel dengan besi pembahagi jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak dari motosikalnya,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, siasatan awal mendapati kemalangan maut itu berlaku disebabkan permukaan jalan licin disebabkan hujan lebat. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment