Translate

Wednesday, January 27, 2021

Pemuda UMNO Kuala Terengganu sukarela sanitasi premis

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu berganding bahu dengan Skuad Sabil Kuala Terengganu mengambil inisiatif melakukan sanitasi secara percuma di premis-premis tumpuan ramai di bandar raya ini.

Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd. berkata, kerja sukarela tersebut bertujuan untuk meringankan beban agensi kerajaan yang giat melakukan kerja-kerja nyahkuman di premis berisiko.

“Kami memberi tumpuan terhadap premis tumpuan ramai yang kurang berisiko di bandar raya ini bagi membantu meringankan beban agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pihak berkuasa tempatan.

“Setakat ini, sebanyak 34 premis di sekitar bandar raya ini telah kami sanitasi sejak Isnin lalu,” katanya selepas melakukan sanitasi di Surau Kampung Gong Kapas di sini hari ini.

Hadir sama melakukan kerja-kerja sanitasi berkenaan ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dan Penguasa Sabil Kuala Terengganu, Ahmad Abdul Jabbar Alwai.

Armi Irzan berkata, antara premis kurang berisiko rendah yang telah disantiasi pihaknya setakat ini ialah taman bimbingan kanak-kanak (tabika), surau, masjid, pejabat, sekolah dan taman awam.

Menurut beliau, pihaknya cuma membelanjakan RM1,500 untuk menyediakan peralatan bagi melakukan kerja-kerja sanitasi berkenaan.

“Kami berharap usaha secara sukarela kami ini dapat memberi manfaat dan impak kepada masyarakat setempat dalam menangani penularan Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment