Translate

Saturday, January 16, 2021

Fenomena ombak besar sehingga esok

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Fenomena air pasang besar yang membawa ombak besar menghempas Pantai Seberang Takir di sini sejak Khamis lalu dijangka akan berlarutan sehari lagi sehingga esok.

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, jangkaan itu seiring dengan amaran cuaca waspada yang telah dikeluarkan Jabatan Meterologi Malaysia terhadap Terengganu dan Kelantan pada tempoh sama.

“Amaran fenomena air pasang besar sehingga 2.7 meter masih dikuatkuasakan di seluruh pesisir pantai Terengganu sehingga 6 Januari ini.

“Berdasarkan pemantauan, fenomena itu membawa ombak tinggi antara 3.5 hingga lima meter dan angin kencang pula berkelajuan sehingga 50 kilometer sejam,” katanya ketika melakukan tinjauan di Pantai Seberang Takir di sini hari ini.

Che Adam berkata, fenomena ombak dan angin kencang tersebut dikategori sebagai tahap ketiga iaitu berbahaya untuk sebarang aktiviti air termasuk menangkap ikan.

Tambahnya, impak semasa berikutan fenomena itu hampir sama ketika Terengganu terkena tempias Ribut Tropika Pabuk pada dua tahun lalu.

“Begitupun kali ini ia bukanlah disebabkan ribut tropika tetapi lebih kepada kesan pertengahan musim Timur Laut.

“Apapun Angkatan Pertahanan Awam dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia akan meneruskan pemantauan di sekitar Pantai Seberang Takir bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment