Translate

Tuesday, January 26, 2021

Pesuruhjaya Pas Terengganu positif Covid-19

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif Covid-19 hari ini.

Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Muhyidin Abdul Rashid berkata, Husain yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu kini sedang menerima rawatan di Hospital Setiu.

“Beliau yang disahkan positif Covid-19 berada dalam kondisi sihat tanpa sebarang gejala.

“Marilah kita berdoa agar beliau dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif Covid-19 pada Selasa lalu.

Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu dan isterinya kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan keadaan mereka dilaporkan stabil. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment