Translate

Tuesday, January 19, 2021

TDM, E&Y kerjasama program latih modal insan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kumpulan TDM Berhad menjalin kerjasama dengan organisasi perkhidmatan professional, Ernst & Young PLT (E&Y) dalam memperkasa modal insan dalam kalangan anak Terengganu khususnya dalam bidang perakaunan dan pengauditan.

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, kerjasama antara anak syarikat kerajaan negeri Terengganu dan E&Y berkenaan melibatkan dua program latihan iaitu kelayakan perakaunan profesional dan peminjaman kakitangan.

“Kedua-dua program pembangunan modal insan itu bertujuan menyediakan platform bagi menyerlahkan potensi graduan perakaunan negeri ini selain memperkasa lagi tenaga kerja perakaunan profesional TDM.

” Mereka yang terpilih termasuk kakitangan TDM akan menjalani pembelajaran semasa kerja dengan E&Y yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang pengauditan dan percukaian,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mewakili TDM menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Rakan Kongsi E&Y, Datuk Megat Shah Iskandar Mohamad Nor dalam majlis disaksikan Setiuasaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mohd. Zahari Md. Azahar.

Najman berkata, kakitangan TDM yang bakal terlibat dalam program Peminjaman Kakitangan akan dilatih selama enam bulan di E&Y.

Tambah beliau, pelatih program Kelayakan Perakaunan Profesional dalam graduan perakaunan terpilih Terengganu pula akan menjalani latihan selama dua tahun bersama organisasi sama.

“Pelatih program Kelayakan Perakaunan Profesional itu berpeluang menerima tawaran kerja bersama E&Y selepas itu mengikut terma kontrak ditetapkan.

“Semoga kolaborasi ini menjadi platform mengasah bakat kemahiran kakitangan TDM dan graduan perakaunan Terengganu merapatkan jurang kemahiran dan kekurangan tenaga kerja,”. katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment