Translate

Sunday, January 31, 2021

Covid-19 : SMK Bukit Besar diarah tutup

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Sebuah lagi sekolah di Terengganu diarahkan ditutup berikutan penularan pandemik Covid-19 hari ini.

Setakat ini, 16 sekolah yang kebanyakannya terletak di bandar raya ini telah diarahkan ditutup oleh Jabatan Kesihatan negeri berikutan penularan Covid-19 sejak 22 Januari lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar di sini diarah tutup selama 14 hari sehingga 10 Februari depan.

Beliau berkata, penutupan dilakukan setelah seorang guru dan pelajar sekolah itu telah disahkan dijangkiti Covid-19.

“SMK Bukit Besar diarah di tutup selama 14 hari sehingga 10 Februari depan bagi mengelakkan perebakan penyakit berjangkit mengikut Seksyen 18 (1), (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988.

“Kerja-kerja pembasmian kuman perlu dilakukan sepanjang tempoh tersebut,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tinggal di asrama sekolah berkenaan dan guru terlibat telah menjalani ujian saringan Covid-19. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment