Translate

Wednesday, January 27, 2021

27,909 calon peperiksaan utama Terengganu memulakan sesi persekolahan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Sebahagian besar 27,909 pelajar termasuk 17,909 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu memulakan hari sesi persekolahan tahun ini di sekolah masing-masing hari ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Salim Ab. Ghani berkata, selain calon SPM, sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka itu turut melibatkan calon peperiksaan utama lain iaitu 9,435 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) , Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (362 calon) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (203 calon).

Beliau berkata, berdasarkan pemantauan, kehadiran semula pelajar terlibat di seluruh negeri tersebut berjalan lancar dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) normal baharu.

“Pengetua (sekolah) diminta sentiasa memberi kefahaman terhadap pemantuhan SOP normal baharu kepada ibu bapa dan semua pelajar.

“Ini kerana sekiranya berlaku kes positif, ia akan menjejaskan sesi pembelajaran secara bersemuka bukan sahaja melibatkan pelajar terbabit tetapi keseluruhan kelas dan sekolah,” katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Razali Ismail di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas memantau pematuhan SOP normal baharu dalam kalangan pelajar bersama Pengetua SMK Dato’ Razali Ismail, Sabariah Abd. Mubin.

Dalam perkembangan sama, Salim berkata, beliau telah meminta pengurusan sekolah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) mengikut kesediaan guru dan murid serta pelajar. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment