Translate

Thursday, January 14, 2021

Mangsa banjir Terengganu tinggal 3,956 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang kelima di Terengganu semakin surut dengan hanya tinggal 3,956 mangsa daripada 976 keluarga yang masih berada di 17 pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata,
Kemaman masih mempunyai 3,564 mangsa daripada 876 keluarga.

“Kesemua mangsa banjir terbabit masih ditempatkan di sembilan PPS di seluruh Kemaman.

“Sebanyak lapan PPS pula masih aktif di Dungun dengan menempatkan 392 mangsa daripada 100 keluarga,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Che Adam berkata, cuaca mendung dilaporkan di kebanyakan kawasan terlibat dengan cuma sebahagiannya masih hujan.

Tambah beliau, paras lembangan sungai utama di kedua-dua daerah itu juga menunjukkan trend penuranan di bahagian hulu.

Banjir gelombang kelima yang melanda Terengganu sejak 3 Januari lalu telah menjejaskan lebih 12,000 penduduk di lima daerah iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment