Translate

Thursday, January 14, 2021

10,086 mangsa banjir di Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu sedikit menurun kepada 10,086 mangsa daripada 2,534 keluarga.

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, dua daerah masih terjejas iaitu Kemaman dan Dungun manakala Hulu Terengganu pula telah pulih sepenuhnya semalam.

“Kemaman masih mempunyai 8,626 mangsa daripada 2,125 keluarga yang berada di 19 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Seramai 1,460 daripada 409 keluarga pula masih ditempatkan di 24 PPS di Dungun,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Che Adam berkata, beberapa kawasan di daerah terjejas sedang mengalami hujan namun paras lembangan sungai utama menunjukkan trend penurunan di bahagian hulu. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment